LAWATAN PENGARAH KE TAPAK KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI KG. KUAL, BACHOK

10 Mac 2014, Satu lawatan tapak kebakaran tanah gambut di Kg. Kual, Bachok telah dilakukan oleh Pengarah JMG Kelantan, Tn. Hj. Che Abdul Rahman Bin Jaafar disertai oleh En. Ab Rashid Bin Ahmad (TPGS) dan Cik Ropidah Binti Mat Zain (Pegawai Geosains).

Lawatan tersebut diketuai oleh En. Mohamad Yusoff Bin Sulaiman sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi pihak JMG di tapak kejadian. Pengarah dibawa melawat kawasan-kawasan yang terlibat dalam kebakaran tersebut, antara kawasan yang terlibat adalah Kebun kelapa sawit, getah dan nenas. Anggaran keluasan keseluruhan adalah melebihi 70 ekar. Kebakaran yang telah berlaku hampir selama 3 minggu tanpa henti disebabkan kandungan bahan humus/gambut yang tinggi, kekeringan melampau dan ketiadaan hujan telah menyebabkan bahana asap dan berhabuk .

JMG Kelantan melakukan aktiviti pengepaman air ke dalam sistem perparitan sediaada  untuk kegunaan pihak bomba bagi memadamkan kebakaran yang masih berlaku.

 Proses pengepaman daripada telaga tiub tersebut juga telah dilawati oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, En. Azmi bin Osman bersama pegawai Kanan II beliau En. Bazri Bin Abdul Rahman sejurus sebelum lawatan  oleh Pengarah JMG Kelantan,.

Pada hari lawatan tersebut pengarah sempat bertemubual dengan pegawai bomba yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut. Selain itu, pengarah dan pegawai yang turut serta turut melawat Check Dam yang dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan sebagai saluran penakungan sumber air bagi memadam kebaran dikawasan tersebut.

 

foto 1

Written by : JMG Kelantan