Iskandar Puteri, 11 April 2025 - Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan En. Hairul bin Mohamad Shaharuddin (Timbalan Pengarah Pembangunan Lombong dan Kuari) dan Pn. Arda Anasha binti Jamil (Ketua Projek Sumber Mineral Strategik) telah berkunjung ke pejabat Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan peranan JMG yang boleh membantu Kerajaan Negeri dalam pengurusan sumber buminya. Perbincangan ini dilakukan bersama dengan En. Ambok Nani bin Muhamad Nor (Ketua Unit Pengurusan SSI) dan En. Mohd Azrul bin Abdul Azis (Pegawai Hartanah 1).
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI SETIA ECO VILLAGE, GELANG PATAH, JOHOR
Iskandar Puteri, 26 Mac 2025 - Pasukan Taskforce Bencana Geologi JMG Johor yang diketuai oleh Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad telah menjalankan pemeriksaan di tapak tanah runtuh di Setia Eco Village, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor yang berlaku pada 20 Mac 2025 akibat hujan lebat yang berterusan yang melanda negeri Johor baru-baru ini. Pemeriksaan tertumpu kepada mengenalpasti punca dan sebabnya berlaku bencana tanah runtuh dikawasan tersebut dengan lebih terperinci.
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀
Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada Dr Hj Izhar Abadi Bin Ibrahim Rais yang bersara pilihan pada 28 Mac 2025.
Seluruh warga Pusat Penyelidikan Mineral(PPM) mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa, bakti dan ilmu serta pengalaman yang telah diberikan oleh Dr Hj Izhar Abadi, Ketua Cawangan Perlombongan dan Pengkuarian(CTPP) sebagai seorang Pegawai Penyelidik sepanjang 34 tahun dan 5 bulan bertugas di Pusat Penyelidikan Mineral.
Beliau merupakan seorang Pegawai Penyelidik yang amat berilmu dalam bidangnya, sentiasa merendah diri, amat teliti dan fokus dalam tugasan, sentiasa berkerjasama dan berkeperibadian yang amat tinggi.
Terima kasih kami ucapkan di atas khidmat bakti, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang bersama kami di PPM JMG.
Seluruh warga PPM mengucapkan selamat bersara dan semoga Dr Hj Izhar Abadi sentiasa diberikan kesihatan dan kesejahteraan, berada di dalam rahmat Allah S.W.T. di samping keluarga tercinta.
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 1446H
IPOH, 21 MAC - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) melalui Biro Hawa telah menganjurkan satu program memasak bubur lambuk bertempat di Dewan Serbaguna, PPM.
Kira-kira 140 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada ahli KSKPPM termasuk ahli bersekutu, pelajar latihan industri,staf pembersihan dan pengawal keselamatan di PPM.
Diharapkan program ini dapat merapatkan hubungan
silaturahim di antara ahli KSKPPM disamping menyemarakkan semangat kerjasama
serta kerja berpasukan yang harmoni di kalangan ahli KSKPPM.
Iftar Kubra
IPOH, 13 MAC – Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) hari ini telah mengadakan program ‘Iftar Kubra’ bertempat di perkarangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Dalam program tersebut, seramai 30 orang anak yatim dan 5 orang pengiring dari Sekolah Latihan Wanita (SELAWA) Ipoh, Perak telah diraikan.
Baca selanjutnya