Pada 17 Disember 2012, Kelab Sukan dan Kebajikan PPM di bawah kelolaan Biro Sosial telah berjaya mengadakan MAJLIS JASAMU DIKENANG bertempat di Ballroom, Hotel Heritage, Ipoh. Pesara yang diraikan adalah terdiri dari 4 orang kakitangan PPM iaitu YM. Haji Raja Ahmad bin Raja Ali, Tuan Haji Zolpata bin Abu Sahan, Puan Robaayah binti Hassan dan Encik Tumiran bin Puji.
Latihan Hands On Pemotongan dan Pengilapan Batuan di Unit Batu Dimensi
Pada 12 Disember 2012, Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral telah menganjurkan Kursus Hands On di Unit Batu Dimensi. Para peserta kursus ini telah diberi penerangan, pendedahan dan tunjuk ajar cara mengendalikan alat pemotongan batu dan mesin pengilap batu mengikut prosedur yang ditetapkan. Disamping itu, para peserta kursus juga berpeluang mengendalikan mesin tersebut. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh kakitangan Seksyen Teknologi Bahan Batuan yang berpengalaman dalam ujian-ujian fizikal batu dimensi. Di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan pendedahan yang diberikan di mana ia merupakan pengalaman baru untuk mereka.
Hari Keluarga PPM 2012
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PPM telah berjaya menganjurkan HARI KELUARGA PPM 2012 di Kurau Stone Fishing Resort, Batu Kurau, Perak pada 8 dan 9 September 2012. Seramai 130 orang kakitangan dan keluarga PPM berkumpul sebagai satu keluarga besar yang menjayakan hari keluarga ini. Banyak acara telah disusun sebegitu rupa agar semua warga PPM dan keluarga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara satu dengan yang lain. Tahniah kepada KELAB PPM yang telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga PPM.
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 PERINGKAT PPM
Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55 peringkat PPM telah berjaya diadakan pada 30 Ogos 2012. Sambutan tersebut telah dihadiri oleh semua warga PPM yang bermula pada jam 9.30 pagi.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang secara beramai-ramai yang dipimpin oleh Pasukan Koir PPM. Kelainan cuba diketenggahkan dengan bacaan Monolog Kemerdekaan di dalam gelap oleh En. Mohd. Zainuddin b. Abdullah dan diteruskan dengan nyanyian lagu Warisan dari Pasukan Koir PPM. Ternyata gabungan ini memberi kesan mendalam kepada semua warga PPM.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar, doa dan ucapan dari Y.Bhg. Dato’ Hj. Zulkifly b. Abu Bakar, Pengarah PPM. Seorang penceramah telah dijemput iaitu Y.Bhg. Datuk Hj. Sabudin b. Hassan, seorang pesara dan bekas Pengarah BTN Perak 1994-2004.