Pada 8 Februari 2013 KSKPPM, melalui Biro HAWA telah mengadakan pertandingan menyediakan kerabu dan sandwich. Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai oleh dua orang peserta. Pertandingan ini juga telah berlangsung pada waktu rehat pukul 12.15 tghr hingga 2.45 ptg. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan ini.
Mesyuarat dan Lawatan Pasukan Kerja A- Thorium-MOSTI/ANM di PPM
Pada 4 dan 5 Februari 2013, Jawatankuasa Kerja (A) dan Jawatankuasa Thorium Bagi Kajian Penggunaan Thorium Sebagai Bahan Asas Dalam Proses Penjanaan Tenaga Nuklear telah bermesyuarat di PPM dan seterusnya mengadakan lawatan teknikal ke kompleks JMG, Ipoh. Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengkaji penggunaan thorium sebagai bahan asas dalam proses penjanaan tenaga nuklear di Malaysia. Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai bidang termasuk teknologi nuklear, kuasa nuklear, kawalseliaan nuklear, radiobiologi, fizik, perundangan, ekonomi dan geologi serta wakil dari pihak industri. PPM amat berbesar hati menerima tetamu-tetamu ini.
Lawatan - KSKPPM
KSKPPM di bawah program PIN telah mengadakan beberapa lawatan pada 16 Januari 2013. Ia telah dianggotai oleh 48 orang peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah
1) Lawatan ke Rumah Seri Kenangan, Taiping
2) Lawatan ke Kilang Arang Kuala Sepetang
3) Lawatan ke Hutan Paya Bakau
4) Lawatan ke Muzium Matang
Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping - KSKPPM
Pada 16 Januari 2013, KSKPPM di bawah program PIN telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping. Institusi ini merupakan institusi perlindungan kepada golongan warga tua yang terletak di lot 1689 dan lot 1690, Jalan Stesen, Taiping. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 dan Institusi inimampu memberi perlindungan sehingga 200 orang warga tua pada satu masa. Institusi ini memberi perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada warga tua yang berusia 60 tahun keatas. Kemasukan warga tua ke institusi ini adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Orang Papa 1977 atau permohonan Kemasukan Secara Sukarela.
Pensijilan MS ISO 9001:2008 Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi
Pusat Penyelidikan Mineral, di bawah Seksyen Teknologi Berasaskan Batuan telah Berjaya dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 bagi Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi setelah di audit pada 29 dan 30 November 2012. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pn. Meena Ragawan pada petang 30 November 2012 sewaktu mesyuarat penutup audit.