KSKPPM di bawah program PIN telah mengadakan beberapa lawatan pada 16 Januari 2013. Ia telah dianggotai oleh 48 orang peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah
1) Lawatan ke Rumah Seri Kenangan, Taiping
2) Lawatan ke Kilang Arang Kuala Sepetang
3) Lawatan ke Hutan Paya Bakau
4) Lawatan ke Muzium Matang
Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping - KSKPPM
Pada 16 Januari 2013, KSKPPM di bawah program PIN telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping. Institusi ini merupakan institusi perlindungan kepada golongan warga tua yang terletak di lot 1689 dan lot 1690, Jalan Stesen, Taiping. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 dan Institusi inimampu memberi perlindungan sehingga 200 orang warga tua pada satu masa. Institusi ini memberi perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada warga tua yang berusia 60 tahun keatas. Kemasukan warga tua ke institusi ini adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Orang Papa 1977 atau permohonan Kemasukan Secara Sukarela.
Pensijilan MS ISO 9001:2008 Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi
Pusat Penyelidikan Mineral, di bawah Seksyen Teknologi Berasaskan Batuan telah Berjaya dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 bagi Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi setelah di audit pada 29 dan 30 November 2012. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pn. Meena Ragawan pada petang 30 November 2012 sewaktu mesyuarat penutup audit.
MAJLIS JASAMU DIKENANG, KSKPPM
Pada 17 Disember 2012, Kelab Sukan dan Kebajikan PPM di bawah kelolaan Biro Sosial telah berjaya mengadakan MAJLIS JASAMU DIKENANG bertempat di Ballroom, Hotel Heritage, Ipoh. Pesara yang diraikan adalah terdiri dari 4 orang kakitangan PPM iaitu YM. Haji Raja Ahmad bin Raja Ali, Tuan Haji Zolpata bin Abu Sahan, Puan Robaayah binti Hassan dan Encik Tumiran bin Puji.
Latihan Hands On Pemotongan dan Pengilapan Batuan di Unit Batu Dimensi
Pada 12 Disember 2012, Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral telah menganjurkan Kursus Hands On di Unit Batu Dimensi. Para peserta kursus ini telah diberi penerangan, pendedahan dan tunjuk ajar cara mengendalikan alat pemotongan batu dan mesin pengilap batu mengikut prosedur yang ditetapkan. Disamping itu, para peserta kursus juga berpeluang mengendalikan mesin tersebut. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh kakitangan Seksyen Teknologi Bahan Batuan yang berpengalaman dalam ujian-ujian fizikal batu dimensi. Di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan pendedahan yang diberikan di mana ia merupakan pengalaman baru untuk mereka.