Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 kepada STPM

Satu sesi Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 telah dihadiri oleh semua kakitangan Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral (STPM), Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh pada 13 Mac 2013 sebagai persiapan STPM menuju kearah MS ISO 9001:2008 untuk ujian-ujian pemprosesan mineralnya. Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah yang juga merupakan Timbalan Wakil Pengurusan ISO PPM iaitu Dr Rohaya binti Othman. Antara kandungan taklimat beliau adalah: 

  •  Memahami kepentingan kualiti
  •  Memahami sejarah dan latarbelakang ISO 9001:2008
  •  Memahami keperluan ISO 9001:2008
  •  Memahami bagaimana untuk melaksanakan sistem yang telah dibangunkan
  •  Persediaan untuk persijilan ISO 9001:2008
Baca selanjutnya

Majlis Perhimpunan Bulanan NRE

Majlis Perhimpunan Bulanan NRE Bersama YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan pada 19 Februari 2013 di Dewan Baiduri, KSAAS Putrajaya. Pusat Penyelidikan Mineral telah diberi penghormatan dan dijemput sebagai tetamu khas dalam perhimpunan ini.  Antara aturcara majlis tersebut ialah :

  • Pelancaran Jurnal Sumber Air dan tayangan video
  • Montaj dan gimik pelancaran  sistem eBMGPermit (pengeluaran AP dalam 1 hari)
  • Tayangan Video Pembuatan Produk Silika
  • Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Kumpulan Penghasilan Produk Silika, Pusat Penyelidikan Mineral.
  • Penyampaian cenderahati berbentuk produk silika kepada YB Timbalan Menteri dan YBhg Dato Seri Ketua Setiausaha  oleh Pusat Penyelidikan Mineral.

PERTANDINGAN KERABU DAN SANDWICH

Pada 8 Februari 2013 KSKPPM, melalui Biro HAWA telah mengadakan pertandingan menyediakan kerabu dan sandwich. Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai oleh dua orang peserta. Pertandingan ini juga telah berlangsung pada waktu rehat pukul 12.15 tghr hingga 2.45 ptg. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan ini.