Bengkel Analisis Jerapan Fizikal Menggunakan Alat Brunauer- Emmett- Teller (BET)

Bengkel Analisis Jerapan Fizikal Menggunakan Alat Brunauer- Emmett- Teller (BET)
IPOH, 18-19 Mei - Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) telah mengadakan Bengkel Analisis Jerapan Fizikal Menggunakan Alat Brunauer- Emmett- Teller (BET) yang disampaikan oleh Mr Austin Yap, wakil dari Syarikat Anton Paar.
 
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang pengendalian serta cara interpretasi data alat BET. Seramai 13 orang peserta telah mengikuti bengkel ini mewakili setiap cawangan di PPM.
 
 

Lawatan ke Kuari FYS Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Lawatan ke Kuari FYS Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
PULAU PINANG, 18 MEI 2023 - Satu lawatan dan perbincangan teknikal berkenaan Pembangunan Aplikasi yang dbangunkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah diadakan di kuari FYS Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
 
Lawatan ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat operasi kuari dan memfokuskan kepada pembangunan aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan oleh PPM bagi tujuan pemantauan. Semua aplikasi kini yang telah dibangunkan oleh PPM bagi tujuan pemantauan.
 
Lawatan ini telah diketuai oleh Dr Izhar Abadi bin Ibrahim Rais, Ketua Cawangan, Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP).
 
 

Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023

Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023
PULAU PINANG, 18 MEI 2023 - Pusat Penyelidikan Mineral berjaya membawa pulang satu pingat emas dalam pertandingan inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023 yang berlangsung di UiTM Permatang Pauh pada 16 - 18 Mei 2023.
 
Pusat Penyelidikan Mineral telah menghantar 1 penyertaan iaitu Transforming Industrial Mineral Waste For Beneficial High Grade White Filler dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB).
 
Tahniah diucapkan dan semoga PPM terus cemerlang dalam inovasi di persada antarabangsa.
 

Program Galakan Membaca PPM Tahun 2023

Program Galakan Membaca PPM Tahun 2023
IPOH, 18 MEI 2023 - Perpustakaan PPM, Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah mengadakan satu Program Galakan Membaca PPM Tahun 2023.
 
Program ini bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan bagi mempromosikan aktiviti dan fungsi perpustakaan PPM kepada semua kakitangan PPM, memupuk minat dan amalan membaca serta cintakan buku di kalangan kakitangan PPM, serta penglibatan kakitangan PPM dalam pelbagai aktiviti.
 
Program ini dengan tema "Buku Lama Adalah Buku Baharu Bagi Mereka Yang Belum Membacanya" diadakan sempena Program Galakan Membaca 2023.
 
Semoga penganjuran program ini dapat menanam, memupuk dan menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan semua warga PPM.
 
 

Lawatan Pegawai Penyelidik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) ke PPM

Lawatan Pegawai Penyelidik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) ke PPM
IPOH, 17 Mei 2023 - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan seramai 5 orang pegawai penyelidik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).
 
Lawatan ini bertujuan menjalankan kerjasama dengan PPM bagi mendapatkan ilmu dan teknik-teknik yang betul berkaitan proses pengekstrakan unsur nadir bumi (REE).
 
Dr. Ismail bin Ibrahim selaku Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral telah mengetuai perbincangan tersebut bersama dengan pasukan REE PPM.
 
Para pelawat turut dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPM bagi mengenali lagi PPM melalui projek-projek penyelidikan yang telah dijalankan.
 
Semoga lawatan dan perbincangan ini merintis kepada kerjasama erat pada masa hadapan.