Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023

Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023
IPOH, 5 SEPTEMBER - Pada hari ini tiga (3) pasukan inovasi dari Pusat Penyelidikan Mineral telah menyertai sesi pembentangan dan penilaian (viva) projek inovasi bagi Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 sempena Anugerah Inovasi Negeri Perak Tahun 2023 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Perak Darul Ridzuan.
Bagi kategori Anugerah Inovasi Terbuka Negeri Perak, pasukan yang mewakili PPM ialah pasukan EcoTechSilica yang dianggotai oleh Pn. Roshaida binti Arbain, Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, En. Mohd. Idham bin Mustaffar, Costantine bin Joannes, Dr. Tinesha a/p Selvaraj dan En. Anuar bin Othman. Tajuk bagi inovasi mereka ini ialah "Tambah Nilai Pasir Silika dari Pasir Bekas Lombong Bijih Timah".
Manakala sebanyak dua (2) pasukan telah memasuki pertandingan bagi kategori Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau Negeri Perak (AILBH).
Pasukan ini yang dinamakan REE Team PPM dianggotai oleh En. Mohd. Zaid bin Md. Sharif, Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz, Dr Hj Ismail bin Ibrahim, Hj. Malek bin Selamat dan Hj. Mohd. Syahir bin Mohd. Rozi dengan inovasi mereka yang bertajuk "REE-MADE: Rare Earth Element Extraction via Metallic Acid Drainage Treatment System (Sistem Pengekstrakan Unsur Nadir Bumi Melalui Rawatan Saliran Lombong Berasid Metalik)".
Manakala satu lagi pasukan bagi kategori ini ialah pasukan Eureka terdiri daripada Dr. Rohaya binti Othman, Ts. Zawawi bin Mahim, Ts. Dr. Hjh. Emee Marina binti Salleh dan Pn. Siti Noorzidah binti Mohd. Sabri. Tajuk inovasi mereka pula ialah "Inovasi Teknologi Lestari Bumi Hijau Melalui Kitar Semula Sisa Kapur Karbida bagi Penghasilan PCC Sebagai Bahan Pengisi Dalam Pembuatan Cat Komersial".
Seluruh warga PPM mendoakan agar ketiga-tiga pasukan PPM ini dapat memasuki pusingan akhir dan seterusnya meraih kejayaan cemerlang pada peringkat akhir bagi mengharumkan nama PPM-JMG di persada dunia dan memartabatkan dunia penyelidikan dalam industri mineral negara.