Phnom Penh, 22 November 2023 – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menghadiri 9th Asean Ministerial Meeting on Minerals (9th AMMIN), 23rd Asean Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM) and Its Associated Meetings/Events di Phnom Penh, Cambodia pada 21 hingga 24 November 2023. Delegasi Malaysia dihadiri oleh 7 orang pegawai yang diketuai oleh Tn. Hj. Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, Setiauasaha Bahagian Mineral dan Geosains bersama Tn. Hj. Kamarudan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan En. Yusari Basiran, Pengarah Ekonomi Mineral. Semoga kolaborasi ASEAN ini akan merancakkan lagi ekonomi industri mineral di rantau ini.