MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN FAYE DONNA EDMUND

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN FAYE DONNA EDMUND
MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN FAYE DONNA EDMUND
 
Perigi puan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa,
Pergi puan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
 
Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Faye Donna Edmund diatas segala sumbangan dan bakti beliau sepanjang bertugas di Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat JMG sejak 19 April 2021 yang lalu. Beliau akan bertukar ke Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Sabah bagi menemani suami beliau iaitu En. Arthur Clement Makulim yang menghidapi kanser pankreas tahap 4.
 
Campur roti dengan mentega,
Minum kopi tidak bergula,
Sampai jumpa lagi kawan sekerja,
Baik-baik kamu di sana.
 
Memoir beliau disini, ada tawa, duka, penat dan lelah yang pernah dilalui bersama. Semoga ia tak menjadikan kita semakin jauh akibat perpisahan ini. Semoga masih ada bahagia dan rindu saat kita bertemu nanti. Kami warga CEM mendoakan beliau terus kuat dalam menghadapi dugaan ini dan sukses di tempat baru.
 
Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan.
 

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my