Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Majlis Penyampaian Surat Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah jayanya diadakan pada 22 Februari 2018 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, NRE, Putrajaya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Datuk Dr. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBhg Dato' Sri Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sektiar.

Baca selanjutnya

Majlis Pelancaran Rasmi Lesen Pembedil dan Penyampaian Kepada Pemegang Lesen JMG, PDRM, MQA, MCOM dan IQM

Majlis Pelancaran Rasmi Lesen Pembedil dan Penyampaian Kepada Pemegang Lesen JMG, PDRM, MQA, MCOM dan IQM

Majlis Pelancaran Rasmi Lesen Pembedil dan Penyampaian Kepada Pemegang Lesen JMG, PDRM, MQA, MCOM dan IQM telah diadakan dengan jayanya pada 20 September 2017, 10.00 pagi bertempat di Hotel Silika, Cheras, Kuala Lumpur dengan dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Baca selanjutnya

Selamat Bersara Tuan Haji Mustafa bin Hamzah

Selamat Bersara Tuan Haji Mustafa bin Hamzah

Selamat Bersara diucapkan kepada Tuan Haji Mustafa bin Hamzah, Pengarah Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi. Seluruh warga JMG mendoakan semoga Tuan Haji sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

Baca selanjutnya

Majlis Korban Perdana 1NRE

Majlis Korban Perdana 1NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan satu Perhimpunan Khas 1NRE bersama Menteri YB Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di FRIM, Kepong pagi tadi.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, satu majlis korban juga telah diadakan di Masjid Jamek FRIM. Sambutan Ibadah Korban Perdana 1NRE ini julung-julung kali diadakan oleh NRE selaras dengan hasrat YB Menteri yang ingin menyambut semua sambutan dan perayaan bersama-sama warga NRE.

Baca selanjutnya

Lawatan Delegasi China Geological Survey (CGS) ke Ibu Pejabat JMG

Lawatan Delegasi China Geological Survey (CGS) ke Ibu Pejabat JMG

Pada 11 November 2016, Jabatan telah menerima kunjungan rasmi delegasi China Geological Survey (CGS). Wakil CGS adalah terdiri daripada Dr. Liu Dawen (Division of International Programs, Dept. of Sci. & Tech. and International Cooperation), Dr. Lin Fangcheng (Department of Science and Technology and Foreign Affairs) dan Prof. Cheng Yan Pei (Institute of Hydrogeology and Environment Geology).

Baca selanjutnya

Laporan Perhimpunan Bulanan JMG Ibu Pejabat Bil. 9/2016

Laporan Perhimpunan Bulanan JMG Ibu Pejabat Bil. 9/2016

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.9/2016 (September) Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (IP JMG) telah dikelolakan oleh Cawangan Pengurusan Maklumat. Ia telah diadakan pada 28 September 2016 bertempat di Bilik Nilam, Lantai 22, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur. Majlis Perhimpunan Bulanan tersebut telah dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi dan telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JMG, Tuan Haji Mior Sallehhuddin Mior Jadid.

Baca selanjutnya

Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKIP) dan Persaraan Ibu Pejabat 2015

Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKIP) dan Persaraan Ibu Pejabat 2015

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKIP) bersama Ibu Pejabat JMG akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Persaraan Ibu Pejabat 2015 bertempat di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur pada Sabtu, 12 September 2015. Tema majlis pada tahun ini adalah bertajuk Memori dengan slogan Kenangan Terindah, Abadi Selamanya.