Kunjungan hormat daripada S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kunjungan hormat daripada S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
JMG telah menerima kunjungan hormat daripada S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Perlis pada pagi ini.
JMG telah berkongsi info tentang peranan jabatan dalam mengembangkan bidang mineral dan geosains bagi pembangunan negara.
Perbincangan dua hala juga telah menyentuh tentang potensi pembangunan pebagai sumber geosains yang boleh dibangunkan di Negeri Perlis.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih erat antara JMG dan Kerajaan Negeri Perlis.

34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)

34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)
34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23)
📍 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
🗓 11 - 12 Mei 2023.
Sekitar lawatan YBrs. En. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG dan YBrs. Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG dan pihak Pengurusan JMG ke ITEX'23.
Dua rekacipta dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), JMG dipertandingkan dan telah meraih pingat emas dan perak.

Meeting on Cooperative Possibility on Coal Potential Study With Japanese Goverment Agency (JOGMEC) and JMG

Meeting on Cooperative Possibility on Coal Potential Study With Japanese Goverment Agency (JOGMEC) and JMG
Meeting on Cooperative Possibility on Coal Potential Study With Japanese Goverment Agency (JOGMEC) and JMG telah diadakan pada 12 Mei 2023 bertempat di Ibu Pejabat JMG Putrajaya.
Mesyuarat di pengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral JMG dan dihadiri Pengarah Cawangan Wakil dari Bahagian Mineral dan Geosains Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Sarawak dan Pegawai dari Cawangan Ekonomi Mineral.

MAJLIS RAYA LESTARI KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC)

MAJLIS RAYA LESTARI KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC)
MAJLIS RAYA LESTARI KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC) | 9 MEI 2023
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia turut bersama-sama NRECC, jabatan dan agensi di bawahnya dalam menjayakan majlis raya kali ini 🌙
Pelbagai juadah raya disajikan kepada warga NRECC serta pengunjung yang hadir. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan gerai dan pakaian tercantik