Kunjungan hormat Lembaga Geologi Malaysia (BoG) dan MyGeo ke Pejabat KP JMG

Kunjungan hormat Lembaga Geologi Malaysia (BoG) dan MyGeo ke Pejabat KP JMG

Kunjungan hormat Lembaga Geologi Malaysia (BoG) dan MyGeo ke Pejabat KP JMG

Satu kunjungan hormat daripada Lembaga Geologi Malaysia (BOG) dan MyGeo ke Pejabat Ketua Pengarah JMG bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama strategik antara jabatan dan juga badan profesional dalam merancakkan dunia minreal dan geosains Malaysia dimasa akan datang.

MAJLIS LAPOR DIRI PEGAWAI-PEGAWAI BARU JMG

MAJLIS LAPOR DIRI PEGAWAI-PEGAWAI BARU JMG
Majlis Lapor Diri Pegawai-Pegawai Baru JMG.
 
Seramai 12 orang pegawai lantikan baru JMG telah melapor diri di Ibu Pejabat JMG. Para pegawai akan ditempatkan di beberapa pejabat negeri JMG.
 
Majlis dihadiri oleh Ketua Pengarah JMG, Timbalan Ketua Pengarah (KEM) JMG dan beberapa Pengarah Cawangan di Ibu Pejabat JMG.
 
Selain daripada Sesi Amanat oleh KP JMG, majlis diisi dengan bacaan Aku Janji oleh para pagawai lantikan baru, sesi 'Bicara Eksekutif' dan Taklimat Intergriti
 
Semoga para pegawai lantikan baru akan menjadi Warga JMG yang akan bersama-sama berusaha menjadikan JMG terus cemerlang.

PENILAIAN POSTUR KESELAMATAN (SPA) UNTUK PROJEK SISTEM MAKLUMAT MINERAL DAN GEOSPATIAL MALAYSIA (MyGEMS)

Sesi tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai 2023, bertempat di Bilik Mesyuarat Galena, Ibu Pejabat JMG Putrajaya. Sesi itu dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat dan dihadiri oleh kontraktor, Alami Technology Sdn Bhd, dan OrenG Academy secara hibrid.

Program SPA bertujuan untuk menyediakan organisasi dengan pandangan dan keterlihatan tentang risiko keselamatan yang mendasari, kelemahan dan kelemahan pada infrastruktur dan cadangan untuk penambahbaikan keselamatan jangka pendek dan jangka panjang yang melibatkan teknologi, manusia dan proses.

Hasilnya hendaklah memenuhi objektif ujian, keperluan perniagaan, pematuhan peraturan dan memastikan tindakan sewajarnya diambil.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERLUPUSAN FAIL CPP,

PROGRAM GOTONG ROYONG PERLUPUSAN FAIL CPP,

Gotong-royong bagi pelupusan fail lama dilaksanakan oleh Unit Pentadbiran Ibu Pejabat untuk memastikan ruang penyimpanan bilik fail teratur, bersih dan mampu menampung kewujudan fail baru. Penyisihan fail lama dilakukan selaras dengan prosedur dan SOP yang telah dipelajari didalam Bengkel Pelupusan Rekod Awam 14-15 Jun 2023 sebelum ini.