Implementasi inisiatif Environmental, Social and Governance atau ESG dalam industri mineral di Malaysia

Implementasi inisiatif Environmental, Social and Governance atau ESG dalam industri mineral di Malaysia
▪️Pihak JMG telah menyediakan kajian soal selidik mengenai “Implementasi inisiatif Environmental, Social and Governance atau ESG dalam industri mineral di Malaysia”.
▪️Kajian ini disasarkan kepada pelbagai pihak untuk mengenalpasti tahap penglibatan dan ketersediaan pemain-pemain industri mineral di Malaysia terhadap inisiatif ESG.
Klik pautan di bawah untuk menjawab kajian soal selidik 👇🏻

Perkongsian Infografik modul pelaporan dalam talian bagi Ringkasan Perangka Lombong Bulanan atau eRPLB oleh Unit Tekno Ekonomi, Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat

Perkongsian Infografik modul pelaporan dalam talian bagi Ringkasan Perangka Lombong Bulanan atau eRPLB oleh Unit Tekno Ekonomi, Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat
Hebahan Modul Pelaporan Ringkasan Perangka Lombong Bulanan Secara Dalam Talian (eRPLB)
Unit Tekno Ekonomi, Cawangan Ekonomi Mineral telah membangunkan modul pelaporan dalam talian bagi Ringkasan Perangka Lombong Bulanan atau eRPLB.
eRPLB ini disasarkan kepada kumpulan pengguna yang merupakan pengusaha kepada aktiviti perlombongan di seluruh negara, dan penggunaan eRPLB ini akan menggantikan penggunaan format pelaporan semasa (menggunakan Borang JMG 338 RPLB Pin. 1/99) yang selama ini dikemukakan secara manual, secara berperingkat.

Mesyuarat semakan sistem fasa 2 bil. 2 untuk pembangunan sistem fasa 2 (modul aplikasi dan paparan) bagi Projek Pembangunan Sistem MINGEOGIS

Mesyuarat semakan sistem fasa 2 bil. 2 untuk pembangunan sistem fasa 2 (modul aplikasi dan paparan) bagi Projek Pembangunan Sistem MINGEOGIS
Mesyuarat semakan sistem fasa 2 bil. 2 untuk pembangunan sistem fasa 2 (modul aplikasi dan paparan) bagi projek pembangunan sistem mingeogis telah diadakan pada 21-23 Mac 2023 bertempat Bilik Mesyuarat Tingkat 6, ALAMI Technologies Sdn. Bhd.
Cyberjaya, Selangor
 
Agenda yang dibincangkan:
 Pengurusan Data dan Map Servis
 Dashboard Kluster Data
 Dashboard Permohonan Data
 Dashboard Permohonan Analisis Makmal
 Dashboard Eksekutif
 Laporan

PERBINCANGAN TEKNIKAL - LYNAS RARE EARTH MALAYSIA

PERBINCANGAN TEKNIKAL - LYNAS RARE EARTH MALAYSIA
 
 

PERBINCANGAN TEKNIKAL - LYNAS RARE EARTH MALAYSIA

Perbincangan teknikal mengenai Elemen Nadir Bumi, REE telah diadakan antara NRECC, JMG, MOSTI dan Dewan Perlombongan Malaysia.

Encik Pol Le Roux, COO Lynas membentangkan pandangan tentang keupayaan dan kesediaan Lynas dalam memproses sumber NR-REE tempatan, isu alam sekitar yang berkaitan dan perspektif global tentang industri REE.

Perbincangan menyeluruh telah berlaku dan maklumat yang dikumpul akan digunakan dalam merancang hala tuju industri REE di Malaysia.

Terima kasih kepada Lynas Rare Earth Malaysia dan semua ahli mesyuarat atas ilmu yang dikongsikan.

Mesyuarat Pre Exit Pengauditan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral Dan Geosains (MINGEOGIS)

Mesyuarat Pre Exit Pengauditan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral Dan Geosains (MINGEOGIS)
Mesyuarat Pre Exit Pengauditan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral Dan Geosains (MINGEOGIS) telah diadakan di
Bilik Mesyuarat Garnet Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG.
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat Tn.Hj. Mohd Zulkiflee Bin Che Soh dan wakil auditor NRECC En. Khairul Ezwan dan En. Muzammil
 
Objektif diadakan audit dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan kawalan, pengurusan risiko dan proses tadbir urus.