Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030

Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara Bil 1/2023 telah diadakan di Impiana Hotel, Ipoh dan dipengerusikan oleh En. Abdullah bin Hj. Sulaiman, Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG.
Sesi ini melibatkan kehadiran pelbagai pihak berkepentingan daripada peringkat persekutuan dan negeri seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Taman-Taman Sabah (Sabah Parks), Perbadanan Labuan (PL), Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Negeri Sarawak, Majlis Daerah Lenggong, JK Pelaksana Geopark, Jabatan Hutan Sarawak, Kementeian Ekonomi dan Perbadanan Taman Negeri Perak.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan input-input penambahbaikan berkaitan penyediaan kedua-dua pelan tersebut dan membincangkan perkara-perkara berbangkit.

Pertandingan Deko Raya 2023 JMG

Pertandingan Deko Raya 2023 JMG

Pihak Ibu Pejabat JMG mengadakan Pertandingan Deko Raya 2023 antara kawasan kerja. Kerjasama dan semangat semua peserta amat terserlah dan telah memeriahkan lagi suasana pejabat. Terima kasih pada semua peserta!

Kemeriahan suasana pada Hari Penjurian Pertandingan Deko Raya yang dipertandingkan mengikut kawasan kerja di Ibu Pejabat JMG 🌸🌸
Rasa-rasanya kawasan kerja mana yang akan merangkul kemenangan pada tahun ini?
Jawapannya.. kita tungguuuu semasa Majlis Sambutan Aidilfitri JMG nanti 😎

Lawatan Rasmi China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd

Lawatan Rasmi China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd
China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd telah mengadakan lawatan rasmi ke JMG baru-baru ini.
Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG, En. Zamri bin Ramli dan telah membincangkan potensi kerjasama pembangunan sumber mineral negara antara kedua-dua pihak.