Pengerang, 6 November 2019 - Latih Uji SOP Mencegah Kebakaran Tanah Gambut 2019 Johor telah dilaksanakan di Kg. Dato' Abd. Ghani Othman, Teluk Ramunia, Pengerang berhampiran dengan telaga air tanah yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Farizal bin Ismail.
HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019
Johor Bahru, 20 Oktober 2019 - Satu Majlis Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Johor 2019 telah diadakan di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Mutiara Rini. Tema untuk majlis tahun ini ialah 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"dimana tujuan utama sambutan ini adalah menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.
BENGKEL KESEDARAN PENGURUSAN GUNA TANAH UNTUK PEMBANGUNAN DI MERSING GEOPARK
Mersing, 14 Oktober 2019 - Satu Bengkel Kesedaran Pengurusan Guna Tanah untuk Pembangunan di Mersing Geopark telah dianjurkan oleh PUSPANITA JMG Malaysia dan PSM JMG Malaysia dengan JMG Johor sebagai tuan rumah yang telah diadakan di Felda Residence Tanjung Leman Mersing pada 14 hingga 16 Oktober.
BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT JMG JOHOR 2019
Johor Bahru, 3 Oktober 2019 – JMG Johor telah mengadakan Bulan Sukan Negara bagi tahun 2019 secara dalaman dengan jayanya. Sambutan Bulan Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dimana ia adalah satu langkah proaktif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan'.
JMG JOHOR TERIMA PENGARAH BAHARU
Johor Bahru, 2 Oktober 2019 – Satu majlis pengenalan Pengarah baharu dengan warga JMG Johor dan taklimat berkenaan aktiviti kepada Pengarah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
JMG Johor telah berbesar hati menerima Pengarah yang baharu iaitu Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah yang telah berpindah dari BPT, Perak berkuatkuasa 1 Oktober 2019. Majlis disusuli dengan penyerahan nota serah tugas daripada Tn. Hj. Noorazhar b. Ngatimin sambil disaksikan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat iaitu Pn. Nor Asmah bt. Abdul Aziz.