Mersing, 05 September 2019 - Baru-baru ini, Urusetia Program lawatan kerja rasmi YAB Menteri Johor ke Mersing telah memberi ruang kepada 'Team Mersing Geopark' untuk mempromosikan Mersing Geopark dalam program mereka dalam usaha untuk mengangkat Mersing sebagai sebuah Geopark Kebangsaan.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2019 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JMG JOHOR
Johor Bahru, 22 September 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd Wahid dan pembaca ikrar oleh Pn. Nurina bt. Jusoh. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 8/2019
Johor Bahru, 29 Ogos 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini sungguh unik sekali kerana ia diuruskan oleh kesemua pelajar-pelajar latihan industri. Majlis dipengerusikan oleh Cik. Norismaamira bt. Ismail, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Daniel Aqil b. M.Khasnun dan pembaca ikrar oleh Pn. Siti Harimah bt. Supat. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
PROGRAM PENYELIDIKAN JEJAK WARISAN BUDAYA (JAWAB) DI MUKIM ENDAU, MERSING
Mersing, 6 Ogos 2019 - Satu Program Penyelidikan Jejak Warisan Budaya (JAWAB) telah dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor bagi membuat penyelidikan dan mendokumentasikan budaya di kawasan Mukim Endau. JMG Johor telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai Geotapak kawasan Tanjung Kempit kerana ia mempunyai sejarah warisan batuan yang tertua di Mersing. Seramai 16 orang peserta daripada berbagai agensi telah terlibat dalam Program tersebut.
PROGRAM NAZIRAN PENGURUSAN GAJI DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 04 Ogos 2019 - Pasukan Naziran daripada Jabatan Akauntan Negera telah mengadakan naziran di JMG Johor ke atas pengurusan gaji bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2018. Pasukan naziran terdiri daripada Encik Azlan Awang dan Puan Norashimah Ismail. Tuan Haji Noorazhar Ngatimin yang menanggung tugas Pengarah JMG Johor telah mengalu-alukan kedatangan pasukan naziran dalam satu mesyuarat pembukaan ringkas.