JOHOR BAHRU, 12 Mac 2019 : Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah mengadakan Kursus e-Perolehan bagi Modul Sebutharga dan Modul Kontrak dengan kerjasama syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Kursus ini telah berlangsung selama dua (2) hari, di mana ianya telah dihadiri seramai 16 peserta dari kalangan warga JMG Johor khususnya pegawai yang telah dilantik sebagai AJK Sebutharga dan Kontrak yang telah disampaikan oleh wakil CDC iaitu En. Wan Azwan Khairi bin Ibrahim Shukri, selaku Ketua Penyelaras (Kerajaan) bagi sistem e-perolehan. Kursus ini telah dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan wakil Pengarah iaitu Tn Hj. Noorazhar bin Ngatimin, Timbalan Pengarah (Geosains).
PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 2/2019
JOHOR BAHRU, 06 MAC 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan bulanan kali ini dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah binti Mustafa dan dimulai dengan bacaan doa oleh Encik Khairani bin Othman, nyanyian lagu dan diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Puan Siti Rohani binti Matsah.
NAZIRAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET OLEH PASUKAN NAZIRAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI JOHOR
JOHOR BAHRU, 27 Februari 2019 - Selamat datang diucapkan kepada pasukan Naziran Pengurusan Kewangan dan Aset dari Ibu pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan kehadiran lima (5) orang petugas yang diketuai oleh En Nizarul Ikram bin Abdul Rahim dan telah disambut oleh Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Tn Hj Mohamad Hussein bin Jamaluddin.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2019
Johor Bahru, 11 Februari 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fairee b. Omar, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Abdul Manaf b. Hanafiah dan pembaca ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
PEPERIKSAAN AMALI BAGI PEMBEDIL BIL 1/2019 DI KUARI SAROMA
Kulai, 30 Januari 2019 - Satu Peperiksaan Pembedil Amali Bil 1/2019 telah dijalankan di Kuari Saroma baru-baru ini dengan kerjasama pihak kuari dan Polis Diraja Malaysia. Seramai 5 orang calon telah menduduki peperiksaan ini termasuk seorang calon dari JMG Johor, En. Sivalingam A/L Krishnan.