PAMERAN SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM 2019 : SIRI 2, RANAU

PAMERAN SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM 2019 : SIRI 2, RANAU

RANAU (14 NOV 2019) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) telah menerima jemputan untuk mengikuti “Program Pendidikan Awam Bencana Alam 2019 Siri 2" dari Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program yang dianjurkan oleh UMS itu telah diadakan di Dewan Masyarakat Ranau di sini, hari ini. Program ini merupakan siri ke-2 dalam tahun ini oleh pihak UMS yang diadakan di daerah Ranau.

Baca selanjutnya

PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH

PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH

KOTA KINABALU, 31 Julai 2019 (Rabu) : Program Perhimpunan Bulanan Bilangan 7 Tahun 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu, Tingkat 1, JMG Sabah dengan kehadiran 70 orang kakitangan dari 79 jumlah keseluruhan kakitangan JMG Sabah.  Penyelaras diselaras dari Unit Pengurusan Maklumat. 

Aturcara dimulakan dengan pegawai dan kakitangan mengambil tempat dan ketibaan Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Aktiviti serta ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Mohd Yusop bin Ramli).  Bacaan Doa telah dipimpin oleh En. Ebahrim bin Bedin dan seterusnya nyanyian lagu NegaraKu, Tanah Air Ku & Malaysia Bersih dan diikuti Perutusan Pengarah JMG Sabah. 

Program bersambung terus ke Majlis Persaraan Tuan Pengarah yang dimulakan dengan Montaj Tuan Pengarah sepanjang perkhidmatan beliau.  Seterusnya ucapan penghargaan dan perpisahan daripada Timbalan Pengarah (En. Paulius Godwin @ Paulus), Presiden KEM-G (En. Aidil bin Arnolous Rema) dan Pengerusi BKKI (En. Muhd Umar bin Sarimal).  Beberapa kakitangan juga iaitu Pn. Jayawati Fanilla Sahih binti Montoi (Unit Sumber Mineral), En. Mujahid bin Supilin (Unit Geosains), En. Dharmin bin Muaiyad (Unti Pentadbiran & Kewangan), Dr. Morius Bantas (Unit Makmal) mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terbuka mereka kepada Tuan Pengarah.  Rata-rata meluahkan rasa terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan beliau di JMG Sabah ini, tidak lupa juga pelbagai pengalaman yang ditempuhi bersama-sama sejak mengenali beliau.  Sebagai tanda penghargaan JMG Sabah kepada beliau, kakitangan telah menyediakan pelbagai cenderamata sempena persaraan beliau.  Program dan majlis telah berjalan lancar dan jayanya sehingga jamuan dan bersurai.