MESYUARAT PENGURUSAN MAKLUMAT (MPM) 2019

MESYUARAT PENGURUSAN MAKLUMAT (MPM) 2019

SEREMBAN, 28 - 29 November 2019 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Maklumat (MPM) 2019 Siri II bertempat di Hotel Palm, Seremban, Negeri Sembilan. Mesyuarat merangkumi Jawatankuasa Infrastruktur dan Keselamatan ICT (JKIK ICT) Bil. 2/2019 dan Jawatankuasa Teknikal GIS (JTGIS) Bil. 2/2019 yang dipengerusikan oleh TKP (KEM) manakala ICT Updates telah dipengerusikan oleh PGH (PM). Pegawai JMG Sabah yang menghadiri mesyuarat tersebut adalah Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM) dan Puan Lena Anggie (PTM). Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM2

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM2

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM1

 

 

 

MESYUARAT DAN GERAK KERJA PEMANTAPAN PENGURUSAN PEROLEHAN KERJA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

MESYUARAT DAN GERAK KERJA PEMANTAPAN PENGURUSAN PEROLEHAN KERJA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Miri, 22 – 25 November 2019 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sarawak telah mengadakan Mesyuarat dan Gerak Kerja Pemantapan Pengurusan Perolehan Kerja bertempat Imperial Hotel, Miri, Sarawak.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai tatacara dan prosedur yang lebih terperinci dan tepat. Kumpulan sasaran utama adalah urusetia sebutharga/jawatankuasa spesifikasi/jawatankuasa penilaian/pegawai projek yang terlibat dengan perolehan kerja. JMG Sabah telah diwakili oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM) dan Pn. Rizidah binti Majawal (PPT). Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

PEROLEHAN EDDIE 1

INTAN EXECUTIVE LECTURE SERIES (TECHNOLOGY): IOT & IR 4.0 INTAN KAMPUS SABAH 2019

INTAN EXECUTIVE LECTURE SERIES (TECHNOLOGY): IOT & IR 4.0 INTAN KAMPUS SABAH 2019

Kota Kinabalu, 24 Oktober 2019 : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah telah mengadakan Intan Executive Lecture Series (Technology) bertempat Auditorium Tun Mustapha, INTAN Kampus Sabah, Jalan Sulaman.

Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai revolusi perindustrian agar peka dengan arus perubahan teknologi. Disamping itu, menggunakan peluang teknologi tersebut dalam menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan digital kerajaan sejajar dengan aspirasi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKE11) untuk meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam. Teknologi ini juga mampu melengkapi penjawat awam dengan kefahaman yang mantap bagi menerajui keperluan industri dalam perkembangan teknologi negara selaras dengan aspirasi negara.

Program dimulai dengan ucapan aluan oleh Hj. Mohd Harris bin Ali (Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah) dan seterusnya dirasmikan oleh YB Tuan Mohammad Mohamarin (Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah). Program juga, diselitkan dengan penyampaian sijil kepada peserta kursus IOT : Adrino dan ke Lawatan Showcase. Sebanyak dua ceramah telah dikongsikan pada program ini iaitu ‘IR 4.0 The Impact of AI on Workers in ASEAN’ yang disampaikan oleh Encik Syamsul Faizal Ahim (Account Director, Education, Cisco System (M) Sdn Bhd manakala ‘Revolusi Industri ke 4: Merubah Cara Kerja’ telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar (Director, Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) Universiti Teknologi Malaysia.

Puan Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat) dari Unit Pengurusan Maklumat, JMG Sabah telah menghadiri program ini dengan jayanya.

IOT Lena 2