SHAH ALAM, SELANGOR (09 JANUARI 2020): KHAMIS, Satu taklimat Rasionalisasi Jabatan Ke Arah Penubuhan Lembaga Pembangunan Mineral Malaysia (LPMM) dan GeoMalaysia telah diadakan pada 09 Januari 2020, pukul 9.00 pagi di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.
WARGA JMG SABAH MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2020
UJIAN SARINGAN AIR KENCING (DADAH)
KOTA KINABALU (04 DECEMBER 2019): Seramai 55 dari 80 orang kakitangan dari JMG Sabah telah berjaya melaksanakan tanggungjawab melakukan ujian saringan air kencing (jenis methamphetamine/syabu) bagi mengesan penagihan dadah dikalangan kakitangan selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1989 pada 04 Disember 2019 bertempat di Bilik Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah bermula pada jam 9.30 pagi. JMG Sabah amat berterima kasih atas kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu (AADK) yang diketuai oleh Encik Vasco Melitin dalam kelancaran saringan tersebut.
http://blog.jmg.gov.my/integriti/category/jmg-sabah?start=135#sigProIde1324bbdca
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM GEOSAINS 2019
KOTA MARUDU, SABAH (11 NOVEMBER 2019) : Pelaksanaan program kesedaran awam ini merupakan inisiatif JMG Sabah bagi menyampaikan maklumat berhubung hasrat kerajaan khususnya yang melibatkan kepentingan orang awam di Negeri Sabah dengan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat setempat betapa perlunya pengetahuan tentang tindakan yang diperlukan apabila berlakunya ancaman dan kejadian geobencana.
Objektif bagi program ini adalah bagi memberi kesedaran awam dan pengetahuan geologi kepada masyarakat setempat khususnya di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya bencana gempa bumi, tanah runtuh dan banjir lumpur serta untuk mendapatkan maklumbalas dan maklumat lanjut daripada masyarakat awam sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya bencana geologi ataupun kawasan yang berpotensi dimajukan sebagai khazanah warisan geologi.
Kumpulan sasar bagi program ini adalah masyarakat awam di kawasan yang berisiko menghadapi bencana geologi. Disamping, memberi pendidikan khususnya kepada Penuntut Sekolah (Menengah dan Rendah). Kehadiran sebenar peserta ke program tersebut adalah seramai 300 orang iaitu enam puluh (65) orang adalah pelajar Sekolah Rendah, Menengah dan Universiti, seratus dua puluh (120) orang adalah penduduk kampung sekitar Kota Marudu dan seratus lima belas (15) orang adalah peserta dari agensi kerajaan negeri/persekutuan dan swasta. Pelaksanaan program ini adalah hasil kerjasama dengan Pejabat Daerah Kota Marudu dan beberapa agensi kerajaan di Kota Marudu. Agensi – agensi yang terlibat tersebut adalah seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Kota Marudu), Hospital Kota Marudu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu, Jabatan Kerja Raya Kota Marudu, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Mangaris (Kota Marudu), Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Marudu, Jabatan Surkarelawan Malaysia (RELA) Kota Marudu, Jabatan Tanah dan Ukur Kota Marudu, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kota Marudu, Parti Tindakan Demokratik P168 Kota Marudu (N7 Tandek), Pejabat Kesihatan Kota Marudu, Pejabat Pendidikan Kota Marudu, Persatuan Pelancongan Kota Marudu, Puspanita Kota Marudu, Sabah Credit Corporation, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarat N.5 Tandek, Wakil Ketua Anak Negeri Kota Marudu.
Sebanyak EMPAT (4) pembentangan kertas dan taklimat telah dibuat sepanjang program dilaksanakan. Kertas 1: Kesedaran Pelancongan Luar Bandar – En. Janes Bin Kansirong, Timbalan Presiden Persatuan Pelancongan Kota Marudu. Kertas 2: Kesedaran Awam Kepentingan Warisan Geologi – En. Mison Ajum, Aktiviti Geologi Warisan JMG Sabah. Kertas 3: Sumber Air Bawah Tanah – En. Jaineh Lingi, Ketua Aktiviti Hidrogeologi JMG Sabah. Kertas 4: Bencana Gempa Bumi:Punca, Mekanisma Dan Kesan – Dr. Frederick Tating, Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan JMG Sabah.
Semasa program tersebut, beberapa bahan pameran telah dipamerkan seperti Bencana Geologi, diketuai oleh En. Bailon bin Golutin. Sumber Air Bawah Tanah, diketuai oleh En. Mazrali bin Alway. Warisan Geologi, diketuai oleh En. Mison bin Ajum. Sumber Mineral, diketuai oleh Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi. Makmal Kimia, diketuai oleh Dr. Morius Bantas. Aktiviti derma darah dari Hospital Kota Marudu turut dijalankan sepanjang program ini, pihak hospital memaklumkan bahawa seramai 10 orang telah menderma darah namun cuma 4 sahaja yang memenuhi syarat.
Selepas program di Dewan Komuniti, Kota Marudu, rombongan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, agensi lain dan beberapa pegawai dari JMG telah bertolak ke Kampung Pompodon untuk upacara perasmian telaga tiub. Telaga tiub tersebut telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Encik Rasinin Koutis. Dengan adanya program kesedaran awam ini, adalah diharap maklumat yang dikongsi bersama akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat awam untuk membuat persiapan sekiranya berlaku sebarang ancaman dan kejadian geobencana bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda pada masa akan datang.
Sumber asal : Pn. Lena Anggie
http://blog.jmg.gov.my/integriti/category/jmg-sabah?start=135#sigProId4b373539e3
SAMBUTAN HARI INOVASI, PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI NATAL JMG SABAH 2019
KOTA KINABALU, SABAH (12 DISEMBER 2019): KHAMIS, Kerjasama antara AJK Inovasi, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Sabah dan Unit Pentadbiran telah membuat persiapan untuk sambutan Hari Inovasi, Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 dan Sambutan Hari Natal 2019.