RANAU, SABAH (23 APRIL 2018) : ISNIN, Aktiviti Geologi Warisan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) telah mengadakan satu lawatan tapak di beberapa kawasan Ranau pada 20hb. April hingga 22hb. April yang lepas.
SESI EXIT CONFERENCE NAZIRAN PEROLEHAN OLEH JAN KK
KOTA KINABALU, SABAH (23 APRIL 2018) : ISNIN, pada petang ini, satu sesi perbincangan antara naziran daripada Kumpulan Audit, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sabah bersama Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) sedang diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jessleton, JMG Sabah.
KURSUS DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
BANGI, SELANGOR (23 APRIL 2018) : ISNIN, Agensi Nuklear Malaysia telah mengadakan kursus bertajuk National Training Course on Uranium, Thorium and Associated Minerals Resource Estimation and Classification berpusat di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor selama 4 hari bermula pada hari ini 23 April 2018 hingga 26 April 2018.
KURSUS ICT BERTEMPAT DI (AMC) THE SCHOOL OF BUSSINESS
LIKAS (19 & 20 APRIL 2018) : Kursus berjalan selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Khamis dan Jumaat bertempat di AMC College, Bangunan Likas Square, Likas, Kota Kinabalu.
Kursus yang dipelawa adalah Operating System (Windows 10) dan Presentation (Focusky). Kedatangan para peserta diambil pada setiap sesi kursus. Seramai enam kakitangan JMG Sabah telah menghadiri kursus tersebut iaitu Shuryanteh bt Mohd Yassin, Besty Jenny Adim, Normi bt Adok, Suriani bt Ramlee, Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi dan Kassim bin Jusrin. Turut hadir adalah kakitangan dari SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) iaitu seramai empat belas orang. Sijil penyertaan kursus adalah dikeluarkan oleh AMC College kepada semua peserta. Pendaftaran, makan dan sijil kursus ini adalah percuma yang ditaja oleh Kerajaan Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada pihak AMC College.
Secara keseluruhan, kursus tersebut adalah berjalan dengan lancar. Penyampaian kursus oleh para penceramah (En. Bohran & Pn. Abby) turut menggunakan modul kursus secara digital. Modul yang disediakan ini dapat membantu para peserta untuk lebih faham dengan lebih jelas terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah kursus. Selain daripada itu, modul ini juga dapat dijadikan panduan dan rujukan peserta selepas berakhirnya kursus.
KUNJUNGAN PEGAWAI-PEGAWAI JMG SABAH DAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (17 APRIL 2018) : SELASA, kunjungan ke Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) , Universiti Malaysia Sabah telah diadakan di sini dengan disertai oleh 5 pegawai daripada Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh, Perak dari Cawangan Teknologi Lombong dan Kuari dan Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari yang disertai oleh Tn. Hj. Kori bin Mohamad, Tn. Hj. Abdullah bin Hussin, En. Mohd Syahrir bin Mohd Rozi, Cik Norinsafrina bt Mustaffa Kamal dan Cik Fatihah bt Azmi. Turut bersama dalam kunjungan ini adalah Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli (Ketua Unit Lombong Kuari), En. Mohd Shafreen bin Mad Isa (Pegawai Geosains) dan En. Tengku Zainal Abidin bin Raja Jaafar (Penolong Pegawai Geosains). Kunjungan ini telah disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Baba Musta (Dekan FSSA), YBhg. Prof. Dr. Felix Tongkul (Pengarah Institut Geobencana) serta pensyarah-pensyarah kanan dari Program Geologi dan Sains Alam Sekitaran.