TAKLIMAT EIA bagi Kuala Lumpur - Singapore High Speed Rail (HSR) Project di JMG Johor

muka depan eia hsr 2018

Johor Bahru, 30 Januari 2018 - Satu sesi pembentangan laporan Kajian Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar EIA bagi Kuala Lumpur - Singapore High Speed Rail (HSR) Project kepada pihak JMG telah diadakan di JMG Johor. Taklimat ini disampaikan oleh Dr. Wan Zuhairi B. Wan Yaacob, wakil perunding dari UKM Pakarunding Sdn Bhd. Turut hadir dalam sesi ini adalah wakil pemaju MyHSR Corporation Sdn Bhd, perunding Minconsult Sdn Bhd serta wakil JMG dari negeri-negeri yang terlibat seperti Johor, W.P. Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka/ Negeri Sembilan.

Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memastikan isu-isu berkaitan geologi dan hidrogeologi di kawasan tersebut telah diambilkira dalam laporan EIA. Segala maklumbalas dan pandangan dari pegawai-pegawai JMG akan diberi perhatian yang sewajarnya bagi memastikan kelangsungan projek ini. 

Sumbangan artikel : Cik Nur Syahidatul Zubaida bt. Abdillah

Written by : asrul