LAWATAN TAPAK KE GIANT DISTINCTION

muka depan lawatan giant 2018

Kota Tinggi, 3 Januari 2018 - Baru-baru ini satu lawatan telah dibuat atas permohonan pembaharuan skim pengendalian melombong (SKSPM) Giant Distinction Sdn. Bhd. di atas Lot 328 dan Lot 329, Sungai Mukim Tengkil, Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor.

Semasa pemeriksaan yang dibuat oleh En. Mohd Azmi(PGLK) dan En. Ahmad Shahril(PGLK) mendapati syarikat Giant Distinction Sdn. Bhd. masih aktif menjalankan kerja-kerja melombong dan memproses pasir silika dan bijih timah. Walau bagaimanapun, semasa lawatan di jalankan palong yang sedia ada masih di dalam penyelenggaraan kerana kayu yang di gunakan sudah reput dan ingin di tukar kepada yang baru. 

Seterusnya kami di bawa melawat kawasan kilang memproses pasir silika dan membuat produk ‘Mortar Mix’. Pasir silika yang di proses terbahagi kepada beberapa saiz yang spesifik iaitu 8/16, 16/30, 30/60 dan -60. Pasir-pasir ini akan di keringkan didalam “Dryer” sebelum melalui proses-proses lain.Dan pasir-pasir silika yang telah diproses di isi didalam Jambo bag. Selain itu, syarikat ini turut menghasilkan produk “Mortar Mix” daripada pasir silika yang bergred tinggi. Terdapat 4 jenis “Mortar Mix” iaitu ‘plaster mortar’, ‘floor screed’, ‘tile bond’ dan ‘waterproof floor’.

Sumbangan artikel : Encik Mohd Azmi b. Mohd Azman

Written by : asrul