KAJIAN GEOFIZIK DI KAMPUNG SAGIL PARIT 2, KOLAM AIR PANAS GERSIK DAN KAMPUNG MELEPANG BUKIT GAMBIR

muka depan kajian geofizik gersik 2018

Muar, 9 Februari 2018 - JMG Johor dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) telah mengadakan kajian geofizik bagi menentukan kawasan bawah tanah dan kawasan yang sesuai untuk dijadikan titik penggerudian. Kajian ini melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Sagil Parit 2, Kolam Air Panas Gersik dan Kampung Melepang Bukit Gambir. Kajian ini bermula pada 16 hingga 30 Januari 2018 dan disambung 9 hingga 13 Februari 2018.

Kajian geofizik permukaan dengan kaedah keberintangan geoeletrik merupakan satu kaedah yang mudah dan cepat untuk mengesan kewujudan lapisan akuifer di bawah permukaan bumi. Aplikasi kaedah keberintangan geoeletrik ini berdasarkan prinsip bahawa nilai keberintangan sesuatu bahan batuan adalah berbeza bergantung kepada sifat fizik dan kimia bahan tersebut. Kebiasaannya batuan pejal memberikan nilai keberintangan yang tinggi berbanding batuan yang telah mengalami retakan dan juga lapisan tanah

Garis survei berukuran 800 meter telah dijalankan dengan menggunakan susunatur elektrod Schlumberger. Survei keberintangan 2D dilakukan dengan menggunakan peralatan ABEM Terrameter SAS4000 LS dengan menggunakan elektrod besi bersela elektrod 5 dan 10 meter.

Sumbangan artikel : Encik Muhammad Falah bin Zahri

Written by : asrul