MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2018, KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI

muka depan perhimpunan bulanan bil 62018 hari raya

Johor Bahru, 8 Julai 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Khatam Al-Quran dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Puan Rosazanaain bt. Mohd Salleh, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri b. Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh Puan Roziah bt. Razali. 

Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini. Kemudian, bermulalah majlis khatam al-quran bagi semua warga JMG Johor yang beragama islam. Melalui majlis seperti ini akan membentuk warga JMG Johor lebih cintakan al-quran dengan pembacaan dan penghayatan bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi menjadi bacaan setiap hari tanpa mengira hari dan waktu. Majlis bersambung lagi dengan penyampaian sijil-sijil kepada warga JMG Johor yang terlibat dengan program tadarus al-quran sepanjang bulan ramadhan dan khatam al-quran dan diikuti dengan majlis sambutan aidilfitri yang diadakan secara sederhana tetapi meriah.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

 

Written by : asrul