GOTONG ROYONG PERDANA JMG JOHOR

GOTONG ROYONG PERDANA JMG JOHOR

Johor Bahru, 27 Januari 2019 - Pejabat JMG Johor telah mengadakan 'Program Gotong Royong Perdana' yang diadakan di kuarters Pengarah JMG Johor di Jalan Serama. Program bermula pada pukul 9.00 pagi itu melibatkan semua kakitangan JMG Johor dan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Pengarah berkenaan perjalanan program tersebut. Tujuan utama diadakan gotong royong tersebut adalah untuk membersihkan kawasan kuarters yang telah lama tidak didiami lagi dan memastikan keadaan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan cantik. Pembahagian kumpulan telah diberikan bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dengan baik dan teratur.

Selain itu, objektif utama 'Program Gotong Royong Perdana' ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga kerja JMG Johor. Di samping itu, ia juga dapat memberikan kesedaran betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan kita seharian dan mengeratkan silatulrahim antara warga kerja JMG Johor. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan tahniah diucapkan kepada semua warga JMG Johor yang terlibat dalam menjayakan program tersebut dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul