PROGRAM PENYELIDIKAN JEJAK WARISAN BUDAYA (JAWAB) DI MUKIM ENDAU, MERSING

PROGRAM PENYELIDIKAN JEJAK WARISAN BUDAYA (JAWAB) DI MUKIM ENDAU, MERSING

Mersing, 6 Ogos 2019 - Satu Program Penyelidikan Jejak Warisan Budaya (JAWAB) telah dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor bagi membuat penyelidikan dan mendokumentasikan budaya di kawasan Mukim Endau. JMG Johor telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai Geotapak kawasan Tanjung Kempit kerana ia mempunyai sejarah warisan batuan yang tertua di Mersing. Seramai 16 orang peserta daripada berbagai agensi telah terlibat dalam Program tersebut.

Program bermula dengan En. Mohd Fauzi b. Rajimin memberi sedikit penerangan kepada peserta Program berkenaan Mersing Geopark iaitu di Tanjung Kempit, di mana ia terbentuk lipatan batu-batuan yang terjadi lebih 300 juta tahun dahulu. Taklimat diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau.

Akhir sekali, para peserta Program telah dibawa ke Geotapak Tanjung Kempit bagi melihat keadaan geologi di sana selain dari Morfologi pantai dan batuan sedimen yang dapat dilihat dengan begitu jelas sekali.

Sumbangan Artikel - En. Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul