Pengerang, 13 Februari 2020 - Seramai 30 orang Pegawai Jabatan Mineral dan Geosains telah turut serta dalam program lawatan kerja ke Projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) bersempena dengan Mesyuarat Pengarah-Pengarah JMG Negeri Bil 1/2020 di Pengerang, Johor.
Kawasan (RAPID) Pengerang dipilih sebagai lokasi lawatan kerana projek mega ini adalah sangat signifikan dengan pembangunan pesat yang sedang rancak yang akan mengubah negara kita daripada pengguna hasil petroleum kepada pengeluar bahan petrokimia dan pelbagai bahan terbitan petroleum yang bakal menjana pendapatan negara mulai kini.
Ironinya, projek pembangunan kawasan (RAPID) itu telah siap sepenuhnya dan loji penapisan, loji petrokimia, steam cracker, refinery chimney flare, saluran paip dan tangki penyimpanan minyak mentah berada di seluruh kawasan. Begitu juga jeti-jeti di mana kapal tangki minyak berlabuh telah sipa sepenuhnya. Kawasan tangki penyimpanan minyak mentah yang bersaiz besar kelolaan syarikat lain iaitu (DIALOG) Pengerang.
Taklimat khusus berkenaan pembangunan (RAPID) telah disampaikan oleh wakil Pusat Informasi Setempat Pengerang (PISP), wakil (DIALOG) dan wakil Pengerang Deepwater Terminals (PDT) berkenaan peranan, fungsi dan perkembangan terkini berkenaan (RAPID) Pengerang.
Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah