JMG JOHOR BERJAYA MELENGKAPKAN 100% PEMBANCIAN e-CENSUS

JMG JOHOR BERJAYA MELENGKAPKAN 100% PEMBANCIAN e-CENSUS

Johor Bahru, 01 Disember 2020 - Sekalung tahniah diucapkan kepada JMG Johor kerana telah berjaya melengkapkan 100% pembancian e-Cencus. e-Cencus merupakan mod pembancian yang memerlukan pengisian sendiri oleh responden secara online melalui pautan yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dimana tujuan utamanya ialah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan. 

Banci penduduk dan perumahan Malaysia dilaksanakan setiap 10 tahun. Banci 2020 merupakan banci keenam yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Sijil Penghargaan telah disampaikan sendiri oleh Y.bhg Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor kepada Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah Pengarah JMG Johor sambil disaksikan En. Yusari bin Basiran Timbalan Pengarah (Sumber Mineral). Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga JMG Johor atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan banci penduduk tahun 2020.

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul