MAJLIS LAWATAN SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE JMG JOHOR

MAJLIS LAWATAN SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE JMG JOHOR

Johor Bahru, 13 Disember 2020 – YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan ke JMG Johor bagi program jelajah ke setiap pejabat JMG seluruh Malaysia sempena persaraan beliau yang akan menjelang pada awal bulan Januari tahun 2021. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu  beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor selama 5 tahun mulai 2009 hingga 2014 dimana ketika itu semua warga JMG Johor bekerja sebagai satu pasukan yang betul-betul mantap dan hubungan sesama kakitangan, tidak kira pangkat adalah amat erat sekali. Untuk pengetahuan, Datuk KP telah berkhidmat dengan kerajaan selama 36 tahun 2 bulan 12 hari dengan jawatan sebagai Pegawai Galian. 

Majlis dimulai dengan Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan taklimat berkenaan pencapaian JMG Johor dan diteruskan dengan ucapan persaraan Datuk KP. Turut mengiringi Datuk KP dalam program tersebut ialah isteri Datin Syahira Mohtar selaku Pengerusi Puspanita JMG Malaysia, En. Zamri bin Ramli (Pengarah PP, Ibu Pejabat) dan isteri, Tn. Hj. Nizarulikran bin Abdul Rahim (Pengarah PPO, Ibu pejabat) dan En. Kamarulbahrin bin hashim (Ketua Penolong Pengarah PAP, Ibu Pejabat) dan isteri Pn. Brendawati binti Ismail (Pegawai Geosains, Ibu Pejabat). Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Datuk KP dan sesi bergambar.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul