MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 31 Januari 2021 – Buat julung kalinya Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran pembukaan pejabat yang terhad kepada beberapa orang sahaja kerana perlaksanaan PKP 2.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat pertama kali.

Majlis diteruskan dengan pembentangan daripada setiap Ketua Unit mengenai perancangan dan kemajuan setiap Unit. Mesyuarat atau perbincangan telah bertukar kepada yang bukan baharu tetapi mula dilihat sebagai pilihan yang tepat pada ketika ini iaitu secara maya nampak lebih interaktif dan efektif.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul