Johor Bahru, 25 April 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Shahril b. Idris, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Syazwan Zainie b. Jainal. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini.
Majlis diteruskan dengan aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor bagi penyampaian cenderamata dan majlis ringkas kepada pegawai yang diraikan antaranya sumbangan kelahiran cenderamata, meraikan anak-anak SPM dan khairat kematian. Selepas itu, majlis disusuli dengan ceramah daripada AKPK berkenaan 'Pengurusan Kewangan'.
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah