MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2021 JMG JOHOR DAN MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2021

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2021 JMG JOHOR DAN MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2021

Johor Bahru, 29 Ogos 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2021 JMG Johor dan Majlis Bacaan Yassin sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021 serta doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan negara serta kesembuhan buat pesakit covid-19 telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis dimulai dengan Program bacaan surah Yassin yang dipengerusikan oleh En. Muhammad Saufee b. Sehat dan bacaan dipimpin oleh En. Yusari b. Basiran. Majlis juga turut disertai oleh semua warga JMG Malaysia. Selepas itu, Majlis diteruskan dengan Perhimpunan Bulanan yang telah dipengerusikan oleh Cik Nur Zayana Zahirah bt. Shamsuri, diikuti dengan bacaan doa dan tazkirah ringkas oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.

Majlis diteruskan dengan pertandingan kuiz secara maya sempena bulan kemerdekaan yang dikendalikan oleh En. Mohd Fauzi b. Rajimin. Pertandingan kuiz telah dimenangi oleh En. Khairul Zaman b. Ibrahim, tempat kedua jatuh kepada Cik Yong Adilah bt. Mustafa dan tempat ketiga oleh En. Muhd Syahmi b. Mohamad. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul