TAKLIMAT PERMOHONAN LESEN PUNCA AIR MINERAL DARIPADA ANGENET S/B

TAKLIMAT PERMOHONAN LESEN PUNCA AIR MINERAL DARIPADA ANGENET S/B

Johor Bahru, 11 Januari 2022 – Baru-baru ini, JMG Johor telah menerima kunjungan daripada pihak Angenet S/B berkenaan permohonan lesen punca air mineral semulajadi di Lot PTD 6442, Mukim Tg. Sembrong, Batu Pahat, Johor. Pembentangan dan taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Taklimat tersebut adalah berkisarkan mengenai pembentangan laporan hidrogeologi dan geologi bagi permohonan kawasan yang dimohon oleh konsultan yang dilantik oleh pihak Angenet S/B.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul