HARI SUKAN NEGARA JMG JOHOR 2022

HARI SUKAN NEGARA JMG JOHOR 2022
Johor Bahru, 4 Oktober 2022 - JMG Johor telah mengadakan Hari Sukan Negara bagi tahun 2022 secara dalaman dengan jayanya. Antara acara yang diadakan adalah sukan Ping Pong, permainan tradisional congkak dan catur. 
 

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dimana ia adalah satu langkah proaktif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan' di samping menerapkan budaya sukan dikalangan masyarakat dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

 
Sumbangan artikel : FB @Jmg Johor

Written by : asrul