MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2 & 3/2023 DAN MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2 & 3/2023 DAN MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN JMG JOHOR

Johor Bahru, 12 Mac 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2 & 3/2023 dan Majlis Perpisahan Kakitangan JMG Johor telah diadakan di Bilik Tun Sri Lanang Hotel Grand Blue Wave (GBW), Johor Bahru.

Kedua-dua Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Ahmad. Timbalan Pengarah Sumber Mineral Dr. Sia Say Gee telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perpisahan Kakitangan JMG Johor kali ini. 

Majlis diteruskan dengan Anugerah Pekerja Contoh yang telah dianugerahkan kepada En. Asrul Sani b. Abdullah, En. Muhammad Fariz b. Dzulkapri dan En. Syed Sobri b. Syed Hassan dan diikuti penyampaian sumbangan KSKK oleh Pn. Noraini binti Basiri (Setiausaha KSKK) untuk sumbangan warded hospital dan sambutan hari lahir bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2023.

Majlis Perpisahan ini diadakan bagi meraikan mantan Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, berkuat kuasa mulai 7 Februari 2023 yang lalu dan En. Mohammad Azmi b. Mohamad Azman yang menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga segala ukhwah dan kenangan terindah akan terus diingati bersama-sama.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul