MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2023 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2023 JMG JOHOR

Johor Bahru, 13 April 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2023 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Fariz b. Dzulkapri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Farhan b. Daud dan bacaan ikrar oleh En. Sivalingam a/l Krishnan. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Geosains, En. Khairul Zaman b. Ibrahim. Seterusnya sesi suai kenal oleh pelajar praktikal iaitu En. Joshua a/l William. Majlis diteruskan dengan perkongsian khas daripada pihak AP Cawangan Johor sempena bulan Ramadhan beserta kutipan derma Amal Palestin yang disampaikan oleh Ustaz Hasnul Jamal Bin Sulaiman. Seronok semua dapat mendengar perkongsian daripada beliau. Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian sebegini.

Sumbangan artikel : FB @Jmg Johor

Written by : asrul