Johor Bahru, 31 Julai 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2023 JMG Johor dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh En. Sivalingam a/l Krishnan diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan bacaan ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan sesi pengenalan kepada pelajar industri dari Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia yang akan menjalani latihan selama 6 bulan.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan taklimat daripada Dr Sia Say Gee berkenaan "Enrichment of Arsenic, Lead, and Antimony in Balingan Coal from Sarawak, Malaysia: Modes of Occurence, Origin, and Partitioning Behaviour during Coal Combustion".
Sumbangan artikel : En. Asrul Sani b. Abdullah