MESYUARAT SEMAKAN DAN PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN PEMBEDIL (TEORI)

MESYUARAT SEMAKAN DAN PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN PEMBEDIL (TEORI)

Johor Bahru, 10 Oktober 2023 - Mesyuarat semakan dan penyediaan soalan peperiksaan pembedil (teori) Bil 3/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH Johor Bahru. Mesyuarat telah dihadiri oleh ASP Jivan A/L Chanderan (Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman), Ir. Juna Azleen Bin Abd Ghani, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari (JMG Serawak), Encik Hairul Bin Mohamed Shaharudin, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari (JMG Johor), Encik Maziadi Bin Mamat, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari (JMG Negeri Sembilan), Encik Aidil Bin Arnolous Rema, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari (JMG Terengganu), Encik Mustaza Bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah (JMG BPT), Encik Nik Heryshamzely Bin Deraman, Penolong Pegawai Geosains Kanan (JMG BPT). Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan berkenaan modul soalan-soalan bagi peperiksaan untuk pembedil.

Written by : asrul