EKSPEDISI SAINTIFIK KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN

EKSPEDISI SAINTIFIK KEPELBAGAIAN BIOLOGI HUTAN

Kota Tinggi 21-25 Ogos 2022 – Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah menganjurkan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi, Johor. Ekspedisi kali ini telah disertai seramai 129 para saintis dan penyelidik daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institut Penyelidikan, Institut Pengajian Tinggi Awam, Badan-Badan Bukan Kerajaan serta individu. Ekspedisi diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Shahrir Shamsir bin Omar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

 
 
Acara Flag Off telah disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Panti, Tuan Hahasrin bin Hashim manakala Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil. Seramai 8 orang ahli pasukan kerja dari JMG Johor telah mengambil bahagian dalam ekspedisi ini. Ekspedisi ini turut disertai 2 orang pakar iaitu En Hamlee dari JMG Terengganu dan En. Mohd Fauzi dari JMG BPT. Hasil penemuan geologi dari ekspedisi ini akan dibentangkan dalam seminar anjuran JPNJ pada tahun 2023.

Sumbangan artikel : FB @Jmg Johor

Written by : asrul