HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Johor Bahru, 20 Oktober 2019 - Satu Majlis Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Johor 2019 telah diadakan di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Mutiara Rini. Tema untuk majlis tahun ini ialah 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"dimana tujuan utama sambutan ini adalah menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.

YB Tuan Cheo Yee How, Adun N46 Perling, wakil rasmi kepada YB Tuan Tan Chen Choon, Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar telah menyempurnakan perasmian HASN 2019 Peringkat Negeri Johor. Dalam ucapannya beliau telah menekankan HASN diharap dapat memastikan dan mendorong masyarakat untuk menjiwai rasa kecintaan dan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar khususnya.

Peluang menyertai pameran ini telah membolehkan JMG Johor berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat selaras dengan hasrat "Ke Arah Memasyarakatkan JMG".

Sumbangan Artikel - En. Noorazhar bin Ngatimin

Written by : asrul