JMG JOHOR DI MINGGU SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2

JMG JOHOR DI MINGGU SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2

Johor Bahru, 13 November 2018 - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor telah dijemput untuk membuat pameran di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Bandar Baru Uda sempena aktiviti minggu sains sekolah tersebut.

Minggu Sains SK Bandar Uda 2 merupakan aktiviti tahunan yang diadakan tiap-tiap tahun bagi mengisi masa terluang pelajar-pelajar sekolah berkenaan selepas tamatnya peperiksaan akhir tahun. Dengan adanya aktiviti ini, ia dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar berkenaan geologi dalam kehidupan dan sedikit promosi berkenaan "Mersing Geopark".

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak JMG Johor dalam pameran tersebut ialah pertandingan kuiz, dimana soalan-soalan mudah diberikan kepada para pelajar berkenaan geologi dan sedikit saguhati kepada yang berjaya menjawabnya dengan betul. Dengan ini, pelajar-pelajar bukan setakat dapat melihat bahan-bahan pameran, mereka juga dapat mempelajari dan menimba ilmu berkaitan geologi.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul