JMG JOHOR MEMPROMOSIKAN "MERSING GEOPARK" DI LENGGONG, PERAK

JMG JOHOR MEMPROMOSIKAN "MERSING GEOPARK" DI LENGGONG, PERAK

Lenggong, Perak, 06 September 2020 – Baru-baru ini, JMG Johor telah terlibat dengan  Seminar Aspirasi Lenggong Geopark yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong sebagai peserta dalam mempamerkan pameran berkenaan Geopark negeri masing-masing. Penganjuran seminar ini telah dirasmikan oleh YB Menteri KeTSA iaitu Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Taklimat berkenaan kesedaran Aspirasi Lenggong Geopark telah disampaikan oleh YBhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo merangkap Pengerusi JK Pelaksana Geopark Kebangsaan dan YBhg. Prof. Dr. Dato’ Mohd Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global. Sambutan yang sangat  baik daripada penduduk setempat dalam menjayakan seminar ini dimana ia dapat mendedahkan kepada mereka akan kepentingan geotapak dimana Lenggong akan diangkat sebagai “Lenggong Geopark” menjelang tahun 2021. Majlis diteruskan dengan lawatan YB Menteri ke gerai-gerai pameran yang berada diluar Dewan Merdeka dan turut mengunjungi gerai pameran JMG Johor yg turut mempromosikan "Mersing Geopark".

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul