KUNJUNG HORMAT JAWATANKUASA PELAKSANA GEOPARK KEBANGSAAN KE PEJABAT YBHG TN HJ ASHARI BIN KASNAN, PEGAWAI DAERAH MERSING

gambar mesyuarat geowarisan

 

Mersing, 08 Februari 2017 - Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan telah melakukan kunjung hormat ke YBhg Tn Hj Ashari bin Kasnan, Pegawai Daerah Mersing bagi membincangkan cadangan mewujudkan sebuah ‘geopark’ di Mersing.

Kunjung hormat diketuai sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo dengan disertai oleh Prof. Dr. Mohd Effendy bin Abd Wahid (UMT) dan Prof. Dr Edy Tonnizam bin Mohamad (UTM) serta agensi pelaksana JMG Johor.

Pertemuan singkat ini berjaya memberikan gambaran awal konsep penubuhan sebuah ‘geopark’ kepada Pegawai Daerah Mersing.

2017 merupakan tahun mencabar bagi JMG Johor bagi memastikan pencirian dan penilaian geotapak berpotensi untuk menjadi komponen sebuah geopark di Mersing menjadi realiti.

Kunjung hormat ini merupakan langkah awal bermulanya penubuhan sebuah geopark di Mersing yang dicadang menjadi ‘Geopark Kebangsaan’ pada tahun 2018.

Written by : asrul