KUNJUNGHORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT DATO’ SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

KUNJUNGHORMAT  PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT DATO’ SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 31 Julai 2018 - Baru-baru ini, Pengarah JMG Johor En Mohammad Hussein bin Jamaluddin telah mengadakan kunjunghormat ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor iaitu YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani. Turut serta dalam kunjungan ini ialah Mohamad Sari bin Hasan, Noorazhar bin Ngatimin dan Mohd Hisham bin Md Nawi.

Pertemuan singkat ini telah menghasilkan satu hubungan silatulrahim yang amat bermakna bagi mengangkat kembali JMG di negeri Johor. Antara yang dibincangkan ialah peranan yang harus dimainkan oleh JMG selaku wakil agensi persekutuan di Negeri Johor. Dalam memastikan agenda JMG dilaksanakan, JMG turut tidak sesekali menidakkan kepentingan Kerajaan Negeri. Sayugia setiap rancangan dan projek yang dirancang harus dimaklumkan kepada negeri.

Sesungguhnya Persekutuan dan Negeri adalah saling lengkap melengkapi dan perlu memerlukan dalam menjayakan agenda membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Sumbangan artikel : En. Noorazhar bin Ngatimin

Written by : asrul