LAWATAN KERJA IHSAN JOHOR KE TELAGA AIR TANAH PULAU BESAR, MERSING, JOHOR

muka depan lawatan ihsan dipulau besar

Mersing, 19 April 2017 - Pertubuhan Ihsan Johor iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2016 atas inisiatif Kerajaan Negeri Johor oleh YAB Menteri Besar telah mengadakan lawatan kerja ke telaga air tanah yang dibangunkan oleh JMG di Pulau Besar, Mersing. Rombongan Ihsan Johor ini telah diketuai sendiri oleh Presiden Pengasasnya YB Hj Suhaimi bin Salleh, manakala pegawai dari JMG ialah En Norhazidi Masrom dan En Mod Aris Md Esa.

Objektif utama pertubuhan ini ialah memupuk semangat kesukarelaan dan empati dalam kalangan Bangsa Johor.

Sehubungan itu selari dengan objektif penubuhannya, Pertubuhan Ihsan Johor atau β€˜Johor Relief Organization’ telah menyatakan hasrat untuk turut serta membantu dan memberi sumbangan dalam Projek Telaga Air Tanah di Pulau Besar, Mersing. Lawatan kerja ini merupakan langkah awal bagi merealisasikan projek bekalan air bersih kepada penduduk di Pulau Besar, Mersing ini.

Written by : asrul