Segamat, 16 Julai 2020 – Pengarah JMG Johor, Tuan Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah membuat lawatan kerja ke lombong besi Honest Sam di Chaah, Segamat baru-baru ini bagi melihat sendiri kerja-kerja pengauditan ‘Sustainable Development Indicators’ (SDI) yang dijalankan oleh pihak JMG Malaysia. Tujuan utama pengauditan ini dijalankan adalah untuk memastikan setiap lombong dan kuari yang beroperasi mengikut sop penjagaan alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam sekitar bagi ekosistem dan persekitaran yang sihat diperlukan untuk kelangsungan hidup manusia dan organisma lain.
Cara mengurangkan kesan negatif manusia adalah kejuruteraan kimia yang mesra alam, pengurusan sumber alam sekitar dan perlindungan alam sekitar. Maklumat diperoleh daripada, kimia hijau, sains bumi, sains alam sekitar dan biologi pemuliharaan. Ekonomi ekologi mengkaji bidang penyelidikan akademik yang bertujuan untuk menangani ekonomi manusia dan ekosistem semulajadi. Tahun ini Johor telah dipilih, untuk tujuan pengauditan dimana tahun sebelumnya di Negeri Sembilan.
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah