MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2019 DAN KEMUNCAK MAJLIS HARI INOVASI PERINGKAT JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2019 DAN KEMUNCAK MAJLIS HARI INOVASI PERINGKAT JMG JOHOR

Johor Bahru, 27 November 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 11/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Hari Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Asnida binti Zamru, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hakim bin Md Najib dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Helmy bin Kadir. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan amanat daripada Ketua Pengarah berkenaan sambutan Hari Inovasi dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis kali ini.

Majlis diteruskan dengan doa selamat sempena penerimaan kenderaan baru JMG Johor iaitu model Toyota Hilux yang diketuai oleh Ir Azleen bin Abdul Ghani. Majlis bersambung lagi degan ceramah kesihatan mental dari wakil PROKEM Hospital Permai. Majlis disusuli dengan penyampaian hadiah untuk para pemenang bagi pertandingan yang diadakan sempena Program Minggu Inovasi pada minggu yang lalu iaitu "Info Hunt", Mencipta Slogan dan Keceriaan Unit.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul