Johor Bahru, 28 Februari 2021 – Buat kali kedua Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran pembukaan pejabat yang terhad kepada beberapa orang sahaja kerana perlaksanaan PKP 2.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat kali kedua.
Mesyuarat atau perbincangan telah bertukar kepada yang bukan baharu tetapi mula dilihat sebagai pilihan yang tepat pada ketika ini iaitu secara maya nampak lebih interaktif dan efektif.
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah